Monday, 3 March 2014

@LONDON....

                                    Hari ni datang ke London teman kan bini aku nak buaat profesional exam selama 3 jam. Dalam masa 3 jam ni aku jadi bongok la kat kedai kopi ni.nasib baik ada wi-fi kat sini,ipad pun ada kat tangan. Apalagi!! Nak berjalan, hujan pulak tu. Kat London ni, kalau dah cuaca macam ni, memang tak best. Lebih-lebuh lagi orang macam aku ni. Mata pun tak elok sangat.
Aku dengan bini aku sampai dari Liverpool tengah hari semalam. Kali ini datang ke London dengan naik keretapi (trai). Tidak seperti biasa memandu sendiri sebab bini aku tiak larat nak memandu kali ni. Hmmmm.... Tu lah, kalau aku boleh memandu kan bagus. Lesen ada, mata pulak yang tak ada.London ni memang sibuk giler. Itulah sebabnya agak sukar untuk aku nak bergerak. Kalau tak kerana bini aku tegah sarat, memang malas nak datang sini. Kalau nak di bandingkan 7-8 tahun dlu semasa aku dan isteri tinggal di sini memang tak ada masalah lah, sebab masa tu keadaad mata aku mata aku masih ok lgi. Hmmmm... Dah tak guna nak ingat benda yang dah lepas ni.
Semalam selepas aku dengan ister check in travellodge, macam biasalah, cari 
melayu.Restaurant malaysia memang banyak kat London ni. Antara sedap dengan tak sedap je lah. Tapi, ada satu tempat yang terletak di Chinatatown. Namanya KL CAFE memang puas hati. Makanan memang bercitarasa melayu. Isteri aku lepas geram nak makan laksa. Aku tertarik dengan konsep cafe nya yang sangat ringkas. Selain laksa, kami jamu nasi lemak berlauk sambal sotong, 2 teh tarik. Dan lepas makan, beli lagi 2 bungkus untuk makan di hotel pula. Semua tu dengan harga £30. Agak berpatutan juga lah.
makanan

Thursday, 27 February 2014

GYM ACTIVITY




so, agak lama jugak tak update story.saja nak share sikit pasal aktiviti menjaga badan.2 tahun yang lalu aku sengaja buat medical check up .tak pasal-pasal aku pun mewarisi penyakit keluarga iaitu kencing manis (Diabetis) .hmmmm...kalau dah nama pun penyakit keturunan,memang tak boleh nak buat apa lah.Selepas nurse memeriksa kandungan gula dalam darah agak tinggi,aku mulakan aktiviti gaya hidup sihat dengan menjebakkan diri dalam gym. Di awal bulan petama,aku melakukan eksesais di gym hampir setiap hari sebelum aku kembali melakukan ujian darah buat kali yang kedua.keputusan ujian darah yang kedua memang mengejutkan aku,wife ake danyang paling terkejut besar ialah nurse yang monitor perkembabgab aku.kandungan gula dalam darah aku kembali normal dan terkawal.Sehunggalah sekarang aku akan ke gym sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali dalam seminggu.Dalam masa yang sama juga aku buat mengamalkan cara pemakanan yang sihat.Lagi pun aku kan tukang masak, tak ada hal lah kalau pasal nak sediakan heathy food ni.

Wednesday, 12 February 2014

Sunday, 19 January 2014

MENANTI ORANG BARU

Tahun ni aku rasa agak menarik sikit sebab.insyaallah akan mendapat orang baru dalam family aku.kenapa menarik samgat tu? sebab genap 10 tahun berkahwin,inilah bakal anak sulung aku isyaallah akan lahir pada bulan aptil ni.alhamdulillah,usaha membuahkan hasil.walaupun,ia memlalui proses rawatan IVF.ini peroses IVF yang pertama kali dan syukur,ia berjaua walaupun kami mendapat dua peluang untuk melakukan proses IVF di women hospital di Liverpool.paling menarik nya ialah kedua-dua proses tu dalah FERR.itulah salah satu ke,edahan yang ada kat UK ni

Sunday, 12 January 2014

RD's SATAY.....



Coretan pertama aku pada awal tahun 2014.Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru....selamat tahun baru hepada semua. Sememangnya tiada sebarang azam yang aku tanamkan setiapa kali tahun baru.Hanyalah impian yang aku harap dapat mengapai nya.Walaupun ianya amat sukar untuk orang seperti aku. Impian aku ingin memiliki restoran satay house di UK ni.Itulah sebab nya,pada tahun lalu aku telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan formular satay aku sendiri.;Selain daripada rasanya yang sedap,cara penyediaan nya juga agak rumit membuatkan makanan jenis ini sentiasa menjdi pilihan untuk orang malausia yang tinggal di perantauan ,lebih-lebih lahi bagi mereka yang dah lama tidak pilang ke tanah air.Jadi,aku ingin mengambil inisiatif unengomersialkan satay kerana potensinya amat tiggi dengan menubuhkan RD's SATAY di liverpool.